Wednesday, 26 September 2018

WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212

25.9.2018, Selasa, 2045, GSC 1 Utama

WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212



Thanks Vocket

Expectation:
Sebelum tengok, aku google skit info pasal filem ni untuk dapat gambaran awal. Trailer menunjukkan cerita ni adalah cerita epic fantasy action film/filem aksi fantasi epik. Dan berasal dari novel bersiri Bastian Tito tahun 1989. Ada sinetron bersiri jugak. Dan filem ini terbitan pertama kolaborasi studio Indonesia dengan 20th FOX. Saing Johor cakap kat Johor memang famous cerita ni masa kecik2 dulu. Almaklum dapat signal tv Indonesia. Kat KT tu NTV7 pun muncul masa aku darjah 5(2001). Haha. 

Plot:
Straight forward je. Awal2 diceritakan asal usul hero dengan characteristic yang agak gila, hence the name "Wiro Sableng(gila)", mid movie diperkenalkan kepada side kick movie, ending tewaskan penjahat. Simple. Takyah pening2. Tapi 2 jam terasa sekejap dalam cerita ni. 

Theme:
Ada elemen tauhid(percaya pada yang satu), dendam, tamak, gila kuasa, pemberontakan.

Setting movie:
Zaman pendekar dan raja. Dengan senjata2 kuno. Tapi ada power2.  Lokasi cantik2. 

Rumusan:
Pro:
-plot simple. Ada elemen cerita2 china "Ghost Stories", Jackie Chan Drunken Master dalam ni.
- banyak aksi
-Lawak tak keterlaluan
-props colourful,
-CGI cun. 
-Sound effect wow!
-setting zaman beraja yang dah jarang keluar TV membuat aku lagi kagum. Juga Promote silat. Harap penerbit Malaysia pun beranikan diri terbit filem tema epic camni. 

Cons:
-walaupun ada Yayan Ruhian(The Raid 1&2), tapi aksi kali ni walaupun padat tapi tak padu, ummph. Nampak tak laju. Mungkin kerana melibatkan senjata. Dalam The Raid tunjuk total hand to hand combat. 
-Sidekick fighter antagonis cam tak nampak power/tak jelas power apa masa final fight. 
-Some fight nampak meleret sangat macam takda idea baru. 
-Kapak tak betul2 tunjuk power lagi. 

Ada post-credit ending jugak. Nak bagi hint next movie. 

4/5 dari Kimi. 

#kimireview 

Ps: Thanks Vocket untuk tiket free. Pertama kali aku tengok diorang siap letak "P/S: Kami masih ada beberapa keping tiket lebih. Jika anda berminat untuk request tiket lebih, sila WhatsApp di <nombor>. Sementara seating masih ada." Haha. Mungkin terlalu asing filem ini di Malaysia sampai tak ramai yang masuk contest free tiket tu. 



No comments:

Post a Comment