Tuesday, 26 November 2019

Knives Out


25/11/2019, Isnin, GSC 1 Utama

Knives Out

4.5/5 dari #kimireview

Thanks KLIPS dan shaza. Meriah lagi kali ni. 10 orang punya rombongan.

Expectations:
Tak buat research banyak pasal movie ni. Yang aku tau, rating RT dia 95% from about 300 responses dan all star ensembled cast. And directed by  Rian Johnson(Star Wars 8: The Last Jedi(2017), Brick(2005), Looper(2012))

Plot/synopsis/premise:
Pasal wasiat je sebenarnya. Owner wasiat mati. Tapi camna mati? Suicide atau foul play? So polis datang untuk interview sorang2 relatives untuk dapatkan keterangan. At the same time ada private detective yang poyo dengar sekali.

Theme:
Whodunit, detective, crime mystery, dark humour

Effects:
Aku suka soundtrack movie ni. Pastu setting ala2 baroque dalam rumah. Macam citer Ready or Not(2019). Pastu cam biasa buku mesti banyak nak tunjuk culture membaca diorang.

Setting movie:
Modern day, kat sebijik rumah agam/mansion house je.

Rumusan:
Plot simple. Tapi ada misteri. Itu yang buat cerita ini menarik. Diorang panggil genre ni sebagai "whodunit(who did it?) murder mystery". It is a complex, plot-driven variety of the detective story in which the puzzle regarding who committed the crime is the main focus.

Normally cerita camni akan bagi clue satu persatu kat viewer untuk membuat mereka berfikir siapa pembunuh sebenar. Semua adalah suspek dan bermotif. Dan akan ada seorang detektif paling power didunia untuk deduce situasi setiap clue.

Plot akan sekejap throwback sekejap present or double narrative as they called it.

Semua elemen ni ada dalam Knives out. Ala macam cerita bersiri/movie Detective Conan atau The Murder on the Orient Express (1974, 2017).

Untuk tengok movie camni kena ingat setiap watak punya nama, role dan motif supaya tak lost in translation(cewah).

Ada dark comedy skit untuk tambah spices dalam movie. Siap ada mention game Mafia yang paling aku tak suka tapi disukai @fatin n geng 😂. Heroin akan muntah kalau tipu. Nak jadi cerita la katakan. Haha.

Pelakon semua all star cam Daniel Craig(James Bond), Chris Evans(Captain America), Jamie Lee Curtis(Halloween, True Lies), Christopher Plummer(Captain Von Trapp in The Sound Of Music).

Cuma dalam movie ada macam scene kena potong. Tak tahu la samaada betul2 kena potong atau editing teruk sebab bukan scene ganas/bogel pun. Tak tak jejas overall movie experience.

Escapism/interpretive:
A must watch to those who love the who-is-the-murderer kind of movie. Especially yang minat Detective Conan. Aku tau sorang yang akan suka filem camni. @hariz

20191106-82

Wednesday, 26 September 2018

WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212

25.9.2018, Selasa, 2045, GSC 1 Utama

WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212



Thanks Vocket

Expectation:
Sebelum tengok, aku google skit info pasal filem ni untuk dapat gambaran awal. Trailer menunjukkan cerita ni adalah cerita epic fantasy action film/filem aksi fantasi epik. Dan berasal dari novel bersiri Bastian Tito tahun 1989. Ada sinetron bersiri jugak. Dan filem ini terbitan pertama kolaborasi studio Indonesia dengan 20th FOX. Saing Johor cakap kat Johor memang famous cerita ni masa kecik2 dulu. Almaklum dapat signal tv Indonesia. Kat KT tu NTV7 pun muncul masa aku darjah 5(2001). Haha. 

Plot:
Straight forward je. Awal2 diceritakan asal usul hero dengan characteristic yang agak gila, hence the name "Wiro Sableng(gila)", mid movie diperkenalkan kepada side kick movie, ending tewaskan penjahat. Simple. Takyah pening2. Tapi 2 jam terasa sekejap dalam cerita ni. 

Theme:
Ada elemen tauhid(percaya pada yang satu), dendam, tamak, gila kuasa, pemberontakan.

Setting movie:
Zaman pendekar dan raja. Dengan senjata2 kuno. Tapi ada power2.  Lokasi cantik2. 

Rumusan:
Pro:
-plot simple. Ada elemen cerita2 china "Ghost Stories", Jackie Chan Drunken Master dalam ni.
- banyak aksi
-Lawak tak keterlaluan
-props colourful,
-CGI cun. 
-Sound effect wow!
-setting zaman beraja yang dah jarang keluar TV membuat aku lagi kagum. Juga Promote silat. Harap penerbit Malaysia pun beranikan diri terbit filem tema epic camni. 

Cons:
-walaupun ada Yayan Ruhian(The Raid 1&2), tapi aksi kali ni walaupun padat tapi tak padu, ummph. Nampak tak laju. Mungkin kerana melibatkan senjata. Dalam The Raid tunjuk total hand to hand combat. 
-Sidekick fighter antagonis cam tak nampak power/tak jelas power apa masa final fight. 
-Some fight nampak meleret sangat macam takda idea baru. 
-Kapak tak betul2 tunjuk power lagi. 

Ada post-credit ending jugak. Nak bagi hint next movie. 

4/5 dari Kimi. 

#kimireview 

Ps: Thanks Vocket untuk tiket free. Pertama kali aku tengok diorang siap letak "P/S: Kami masih ada beberapa keping tiket lebih. Jika anda berminat untuk request tiket lebih, sila WhatsApp di <nombor>. Sementara seating masih ada." Haha. Mungkin terlalu asing filem ini di Malaysia sampai tak ramai yang masuk contest free tiket tu. 



Monday, 16 October 2017

Aku dilahirkan terer dan hensem. Akulah Kimi!

Setelah sekian lama(takdala lama sangat. Dalam 2 tahun je.) duk post dalam Facebook dan Instagram je. Aku rasa nak share kat platform baru pulak cerita-cerita aku supaya users lain boleh search informasi yang sama ada dalam FB dan IG. Manalah tahu dapat bagi inpirasi kat orang lain dari sudut pandangan seorang Kimi.

After a while sharing my stories on Facebook and Instagram, I think i want to share it on new platform so that other users outside of my FB and IG can search the information also. Who know it will be useful to inspire others to live their life.